KISAH HISTERIA DI PUSAT TAHFIZ...
Kisah benar yg menggerunkan…
Ianya berlaku di salah satu pusat tahfiz di Malaysia…
Segalanya bermula apabila kami diaarahkan berpindah…dari asrama blok baru ke asrama blok lama….hal ini kerana blok baru lebih besar dan boleh diisi dgn lebih ramai orang…blok lama akan dipenuhkan dgn pelajar2 lelaki…
Setelah penat sehari suntuk kami berkemas, kami tidur awal pada malam tu…nyenyak sungguh…saya siap bawak tilam dari rumah..tak sanggup nak tidur atas tilam yg dah lama ditinggalkan…
“dong!..dong!..dong!...”
“hish..ape malam2 buta main ketuk2 lagi ni??orang nak tidur la…cukup ar siang tadi dah hias2 bilik…tak cukup lagi ke???” saya merengus dalam hati …
“aik…apsal gelap ni?aku x ngigau kan?”berdebar la plak rasanye…
“erm..nasib baik kak yah ade kat sebelah..aku tak mengigau rupanya…nyenyak sungguh dia tidur…aku panas2 ni..boleh plak dia tahan…dah la kipas tak hidup…elektrik pula tiada..huh..teruk betul la blok lama ni…” hati saya merungut2..
saya pun bangun perlahan2 lalu membuka pintu bilik….
saya biarkan pintu bilik terbuka sebab nak suruh udara luar masuk bilik..terasa sangat lemas….
Dong!...dong!...dong!...
“adus…bunyi lagi???kak yah..bunyi aper ni kak yah??geram jer saya nak gi sound budak bilik sebelah ni…ade ke patut bertukang malam2 nih!!..” ngadu saya kepada kak yah…
“sound jer lah kocha..kak yah nak tidur pun tak boleh ni..”..rungut kak yah…
kocha…itulah namer timangan-ku di kampus…
tak tahan punya pasal…saya pun keluar bilik..terus sound diorang..
“oi..!!! aper memekak malam2 buta ni…!!!”
tetiba terdengar suara org kat luar…
“aper yang menjerit2 ni??”
alamak..macam ku kenal suara ni…
erm…alamak…ustazah Zurina…!!!
Pengarah Hal Ehwal Pelajar!!!
‘Ape dia buat kat asrama malam2 ni??
Aik…apsal ramai sangat org berkumpul depan bilik sebelah aku ni??
Masa aku bukak pintu tadi x nampak ape2 plak..
Hehehe…elektrik kan x ada..mmg la x nampak..
Tambah2 bukak pintu sambil mamai..hehehe….’
“erm..sori…sori…ustazah..ingat kan sape tadi..hee..” aku berkata perlahan sambil senyum kambing..
semua pelajar puteri kat situ gelakkan saya…
aduss..malunyer …
saya pun tanya salah seorang kakak yang ada kat situ..ape yang diorang buat ramai2 kat sini?malam2 buta plak tu…bukan ke tadi semua org dah tidur…senyap jer asrama…tapi ni ramai plak…bising plak tu…
“ni ha kocha..ader akak bilik depan ni terkunci dari dalam…tak boleh nak bukak pintu..so kak husna tengah ketuk2 pintu dia tu dengan hammer…tapi sampai skarang tak terbukak pun…”jelas akak tu…
memang pintu bilik asrama kami ni keras kayunye…kalis api la katakan…kalu terkepit jari..patah la jawabnyer…berat sangat pintu ni…kalau mengumpat pun, orang yang lalu lalang x akan dengar..x macam blok sebelum ni…
“akak tu dah la duduk sorang2..dia x ada roommate..sian dia..huh..kalau akak..akak dah nangis dah..” tambah akak tu lagi…
at last..ustaz zul dan abang2 teknikal datang dgn tangga dan alatan2 lain..diorang masuk ikut tingkap…dan huh akhirnya..dapat jugak buka..alhamdulillah…
hm..dah la malam pertama kitorang bermalam di asrama lama ni…dah jadi mcm ni..
keesokan harinya…dari mulut ke mulut…kecoh bercerita…sebenarnya…ada ‘benda’ yang mengacau asrama ni..
‘mereka’ tak suka kehadiran kami ke asrama ni….al-kisahnya..saya dapat tau dari ustaz saya bahawa…salah seorang warden baru kami ni telah membuka satu bilik yang sudah bertahun2 lamanye dikunci kerana ‘benda2’ tu nak duduk kat dlm bilik tu..tapi ustazah ni berdegil ..keras kepala jugak nak buka…katanya..
“buka je lah..daripada biar bilik tu kosong membazir jer,baik suruh bebudak ni duduk..”
bila ustazah tu buka je bilik tu, berpuluh2..malah beribu2 ‘ekor’ yang keluar…merdeka agaknya..lalu ‘mereka’ pun ‘bersuka ria’ di asrama ni…sambil mengacau puteri2…
nak jadi ceritanya..suatu hari…ader budak kena hysteria…lepas sorang,sorang tumbang….kuat betul diorang menjerit….samua intai melalui tingkap…
makin lama..makin ramai yang kena hysteria..terutamanya adik2 yang baru masuk…
tak kuat pendinding lagi kot..x pon sebab x hafal bnyak juz lagi…
“kocha..meh tlg akak angkat budak2 yg pengsan kat sana..ramai ni..tolong bacakan manzil dan yasin kat budak2 ni..meh la..” kak wah, akak bilik sebelah ajak saya..
“kocha..cepat…jom la….makin ramai plak adik2 kena…”ajak kak yah roommate saya…..
alamak…camner ni??saya tak pernah plak main dgn benda2 begini seumur hidup saya.
“erm..erm…x nak lah kak yah…saya sebenarnya tengah ‘cuti’…so saya tak berani la..tak ada pendinding la kak yah..ma’thurat pun hari ni tak baca lagi..”..dgn confident aku bagi alasan untuk mengelak…
hehehe…namer jer ‘Hafizah’ Quran….tapi penakut jugak sebenarnyer…
“oh yer ker..xper2…kalu tengah ‘cuti’,baik jangan join..ustaz ader kat bawah..tengah handle bdk2 ni…ustaz kata sape tgh ‘cuti’ jgn dtg dekat…lagi senang kena rasuk..” jelas kak yah…
huh…ape ni kak yah…cakap mcm ni plak..lagi meremang bulu roma dibuatnya..
suara budak puteri menjerit makin ramai…
BERSAMBUNG...