CHAT - AMARAN | MAAF!
Anda didapati belum log masuk ke laman forum ini. Sila log masuk.
Jika anda belum mendaftar, sila daftar dengan klik menu REGISTER pada menu di atas.
|
Latest topics | » 4 ORANG STUDENT TAHAP KE MAKTAB by ana_iqs91 Tue 29 Jan 2013, 1:57 pm
» Belajar Bahasa Jepun by yah n yad Mon 10 Dec 2012, 3:16 pm
» klau (sama-sama) dlm bahasa jepun apa yaa..? by roshahzlieza mustapa Sun 16 Sep 2012, 9:35 am
» ingin tahu by wunliQ Tue 14 Feb 2012, 4:08 pm
» KEPUTUSAN SPM DAN STPM 2009 by cikgu syahrul Fri 13 Jan 2012, 4:46 pm
» pekse nk dekat dah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! by cikgu syahrul Fri 13 Jan 2012, 4:39 pm
» kenal x nur farhana husna by cikgu syahrul Fri 13 Jan 2012, 4:30 pm
» Japanese! Japanese ! japanese ! by Misaki Yamada Sun 25 Sep 2011, 9:57 pm
» MOHON DIPERHATIKAN KESALAHAN DALAM PENULISAN AMIN DAN SALAM by NurFirman Sun 15 May 2011, 3:39 pm
» kaitan antara perang dgn dajjal by ana_iqs91 Wed 29 Dec 2010, 1:10 pm
» cinta kepada rasulullah? by Anas Wed 01 Dec 2010, 3:57 pm
» masalah dengan pelayar by Guest Tue 23 Nov 2010, 1:24 pm
» tntg hasan fikri yg baik by pqahz_96 Sat 06 Nov 2010, 12:09 pm
» X-TAHAP YG DAH BERJAYA.. ., by wadi Wed 01 Sep 2010, 1:32 pm
» cikgu paling berjasa??? by wadi Wed 25 Aug 2010, 1:12 pm
» palestin by wadi Wed 25 Aug 2010, 1:04 pm
» Biasiswa untuk siapa-siapa yang nak masuk U nanti!!!! by KitBiasiswa Mon 26 Jul 2010, 10:59 pm
» belakang blok baru ada hantu!!!!!!!!!!!!! by raja macho Thu 24 Jun 2010, 5:09 pm
» LIFE OF TAHAP....PERMATATAHAP....ade bandingan? by al-fateh93 Fri 11 Jun 2010, 4:47 pm
» teka teki zaman sekarang!!!!!!!!!!!! by muslimah tahap Sun 06 Jun 2010, 5:43 pm
» Wanita Idaman Lelaki by srikandi_2791 Sat 05 Jun 2010, 1:27 am
» The Arrivals-mesti tonton..! by fiddeen Tue 18 May 2010, 9:04 am
» Perlukah wanita tahu memasak !! by fiddeen Tue 18 May 2010, 8:53 am
» "Amani" by mickzgurlz Sun 25 Apr 2010, 12:13 pm
» jauh dimata dekat dihati by fiddeen Sat 24 Apr 2010, 3:00 pm
» DARI LEMBAYUNG BIAH SOLEHAH.... by muslimah besi Sun 18 Apr 2010, 5:01 pm
» cikgu zaini le by duan ismi Sun 18 Apr 2010, 2:47 pm
» bola baling!!!!!! by duan ismi Sun 18 Apr 2010, 2:31 pm
» pelajar tahap hilang title? by duan ismi Sun 18 Apr 2010, 2:13 pm
» lelaki soleh....... by duan ismi Sun 18 Apr 2010, 1:42 pm
|
|
| Ikhtilat/Hubungan Lelaki dan Wanita Menurut Dr Yusof Al Qardhawi | |
| | Author | Message |
---|
Im Human Admin
Number of posts : 227 Age : 33 Lokasi (Daerah) : jerantut,pahang Kata Hikmah: : BARA'BARA'ALLAH2,JUA'JUA' YA' LAMUALLAH.. Kelas : 5 Ibnu Khaldun Tahun terakhir : 2008 Points : 272 Reputation : 3 Registration date : 10/08/2008
| Subject: Ikhtilat/Hubungan Lelaki dan Wanita Menurut Dr Yusof Al Qardhawi Fri 28 Aug 2009, 4:33 pm | |
| [size=12][size=9]Bismillahirrahmaanirrahim
Ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan). Adakah sama sekali tidak boleh? Apakah hukumnya? Mungkin kebanyakan kita pernah mendengar mengenai masalah ini, mungkin juga tidak.
Demi cinta dan sayangku kepada muslimah-muslimah di seluruh dunia, ku cuba menterjemah sedikit secara bebas dari buku Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, saya hanya mengambil di kesimpulan dari keseluruhan jawapan penanya soalan. Teguran dan nasihat amat diharapkan. Semoga ianya dapat memberi faedah kepada semua khususnya para muslimah insyAllah.
Amma ba’d:
Pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh(seperti menuntu ilmu), membawa kebaikan, dan perkara-perkara yang mana berhajatkan bantuan dan pertolongan dari kedua belah pihak (lelaki dan perempuan) berlandaskan batas-batas, tujuan yang betul dan penguatkuasaan yang berkesan.
Walaupun dibolehkan, kita sama sekali tidak mengabaikan batas-batas dan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam :
1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya (lelaki dan perempuan jangan gatal menjeling-jeling), tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat, dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat. Allah SWT berfirman :
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(30)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,(31)
An Nuur : 30-31
2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampak bentuk tubuh, Allah SWT berfirman :
dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, ,(31)
Surah An Nuur : 31
Dikuatkan lagi daripada para sahabat yang dimaksudkan dengan “perhiasan” ialah dua tangan dan wajah.
Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya :
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. (59)
Al Ahzab: 59
Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan yang semberono perangainya, dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati dan menyeganinya.
3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara, terutama ketika bermuamalat dengan lelaki :
i. Percakapan , hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan, Allah SWT berfirman :
Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,(32)
Al Ahzab : 32
ii. Berjalan, Allah SWT berfirman :
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (31)
An Nuur : 31
Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya :
Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan (25)
Surah Al Qashah :25 iii. Pergerakan, tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.
4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.
5. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya, (Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama (makin ‘terbakar’ la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.
6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip-gosipan, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa(anak-anak).
Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang taat. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dengan keyakinan ini, marilah disaat ini kita mula menjadi seorang yang terbaik disisiNya insyAllah.
Wallahu Ta’ala A’lam
Rujukan :
Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, maktabah wahbah, cetakan pertama 1996 m – 1416 h[/size][/size] | |
| | | mayam Sangat aktif
Number of posts : 56 Age : 28 Lokasi (Daerah) : selangor Kata Hikmah: : cinta kepada-Nya kekal abadi Kelas : 1 Ibnu Sina Tahun terakhir : 2011 Points : 51 Reputation : 0 Registration date : 01/08/2009
| Subject: Re: Ikhtilat/Hubungan Lelaki dan Wanita Menurut Dr Yusof Al Qardhawi Fri 28 Aug 2009, 4:39 pm | |
| apa itu syahwat dan muamalat? | |
| | | minah_idam Sangat aktif
Number of posts : 161 Age : 28 Lokasi (Daerah) : Jerantut Kata Hikmah: : *jadilah kamu wahai wanita yang teristimewa seperti bunga mawar yang berduri* Kelas : 1 Ibnu Khaldun Tahun terakhir : 2013 Points : 191 Reputation : 1 Registration date : 13/06/2009
| Subject: Re: Ikhtilat/Hubungan Lelaki dan Wanita Menurut Dr Yusof Al Qardhawi Fri 28 Aug 2009, 6:39 pm | |
| muamalat tu apa????????tak pernah dengar pun perkataan tu.. ., | |
| | | creative0111 Admin
Number of posts : 117 Age : 33 Lokasi (Daerah) : Jengka, Maran Kata Hikmah: : Mari sokong PRODUK MUSLIM!!! Joinlah HPA! Kelas : 5 Ibnu Sina Tahun terakhir : 2008 Points : 120 Reputation : 0 Registration date : 10/08/2008
| Subject: Re: Ikhtilat/Hubungan Lelaki dan Wanita Menurut Dr Yusof Al Qardhawi Sat 29 Aug 2009, 12:53 pm | |
| Muamalat tu asal dari perkataan 'aamala - yu'aamilu - mu'aamalah Macam dalam ikrar sekolah kita "Husnul mu'amalati sulukuna" Maksudnya adalah 'perhubungan'..bagaimana kita berhubung dengan manusia lain... husnul mu'amalah itu maknanya 'baik perhubungan'@'sopan santun'.. Perkara pertama y diajarkan dalam islam adalah berkaitan aqidah@iman. Kemudian akhlak. kemudian ibadah. kemudian muamalat. Contoh hal muamalat yang diajar dalam islam: meniaga, perjanjian damai, peperangan Harap faham penerangan yang ringkas ni...nak maklumat lanjut hubungi 09-2663330. Sekian... | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: Ikhtilat/Hubungan Lelaki dan Wanita Menurut Dr Yusof Al Qardhawi | |
| |
| | | | Ikhtilat/Hubungan Lelaki dan Wanita Menurut Dr Yusof Al Qardhawi | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |