Sungguh malang nasib yang menimpa saudara kita di Palestin. Sudahlah
mereka dihujani dengan bom dan peluru di dalam negara, di luar negara
pula tidak ada seorang pun pemimpin Islam yang berani bertindak
menyelamatkan mereka. Dari satu sisi, pemerintah negara kaum Muslimin
yang ada hari ini hanya sanggup mengekalkan kebaculan dan pengkhianatan
mereka terhadap umat Islam. Dari sisi yang lain, mereka lebih suka
menghulurkan tangan berjabat mesra dengan golongan kuffar, daripada
menghulurkan tangan membantu saudara mereka yang dibunuh golongan
kuffar tersebut.
Percayalah bahawa di dalam dunia Islam, terdapat
ribuan atau jutaan umat Islam yang sanggup berjihad menentang kekejaman
Israel, tetapi apa yang menghalang mereka daripada melakukan perkara
ini adalah para pemimpin mereka sendiri. Penguasa kaum Muslimin
langsung tidak menggerakkan tentera mereka untuk membantu umat Islam
yang dibunuh kuffar, malah kalau ada dari rakyat mereka yang ingin
berjihad akan pasti dicopnya teroris, sesuai dengan kehendak Barat.
Khalifah sebagai ketua Negara Islam sesungguhnya tidak akan sekali-kali
membiarkan tentera kuffar menumpahkan darah dan kehormatan kaum
Muslimin sedikit pun. Khalifah adalah perisai umat dan dia adalah
penjaga umat ini, tidak sebagaimana pemimpin yang ada sekarang yang
hanya menjaga perut masing-masing, dan lebih buruk, mereka menjaga
golongan kuffar dari menjaga umat Islam. Justeru, ayuhlah kita bersatu
dan berusaha untuk tegakkan Khilafah Islamiyyah dan berhenti mengharap kepada
pemimpin sekular dan sistem kufur yang ada untuk menyelesaikan
kezaliman yang menimpa saudara-saudara kita.....
Takbir!!!