::Berhias atau perkataan lain adalah bertabarruj::
tabarruj maksudnya menampakkan kecantikannya kpd lelaki yg bkn mahram.
Ianya terbahagi kpd dua iaitu:
1) tabarruj semulajadi,
iaitu memang semulajadi tanpa sebarang mekap/perhiasan dia cantik/ayu/cun
2) tabarruj buatan,
- memperhiaskn diri dgn alat solek/pakaian yg cantik/barang2 kemas/etc....
- melakukan pembedahan kecantikan
perhiasan dan wanita mmg tidak boleh dipisahkn.lagi pula 'wanita adalah perhiasan dunia dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'.berhias/memakai sebarang perhiasan boleh.cuma jgn berlebihan dan menonjol sehingga boleh mengakibatkan fitnah..
berhias luas maknanya.bkn hanya pada pakaian atau alat solek bahkan juga pada gaya berjalan, bercakap dan tingkah laku.sebagaimana mafhumnya firman Allah dalam surah An-Nur ayat 31 :
" Dan katakanlah kpd para prpn yg beriman, agar mrk menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan jgnlah menampakkan perhiasannya(auratnya),kecuali yg biasa terlihat. Dan hendaklahmrk menutup kain kerudung(tudung) ke dadanya, dan jgnlah menmpkkn perhiasannya, kecuali kpd suami mrk/ayh mrk/ayah suami mrk/putra2 mrk/putra2 suami mrk/saudara2 lelaki mrk/putra2 saudara prpn mrk/para prpn mrk/hamba2 sahaya mrk/para pelayan lelaki(tua)yg tidak punya keinginan(thdp prpn)/ anak2 yg belum mengerti ttg aurat prpn. Dan jgnlah mrk menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yg mrk sembunyikan."
juga terdapat dalil dr surah al-Ahzab ayat 33 dan 59.dr ayat di ats sudah jelas mksd Allah akn syarat berhias bg wanita muslimah.hanya dibolehkan kpd yg disebut di ats.mengenai pakaian yg menonjol yg saudari mksdkn itu adalah tak kira apa pun yg mampu menarik perhatian adalah dikategorikn sbgai berhias.
hadis tu betul yg enti sebutkn.pemakaian sahaja tidak menjadi asbab kepada tarikan.mungkin even kita dah pakai tudung labuh,pakaian yg sopan dan menutup aurat..tp gaya perlakuan kita contohnya cara berjalan yg persis model juga boleh mengakibatkn fitnah kpd diri kita dan org lain secara x langsung.
berhias yg berlebihan juga boleh membawa kpd menghampiri zina(bunga2 zina).dan ini boleh menimbulkan keinginan lelaki yg ada penyakit di hatinya(bernafsu jahat).
bahaya berhias:
- menimbulkn keinginan lelaki yg bernafsu jahat
- menyemai benih2 riak & bangga dgn kecantikkan diri
- menyemarakkan api cemburu(hasad degki) org lain terhadap kita
- berlaku pembaziran dalam pembelian
- mudah termasuk dalam tipu daya lelaki
- merosakkan hubungan kekeluargaan(rumah tangga)
'wanita adalah fitnah besar dunia'
insyaAllah semoga kita semua terpelihara dari menjadi fitnah dunia dan berusaha kearah menjadi wanita yang solehah(seindah-indah perhiasan dunia).