PERMATA TAHAP
Sila login untuk dapat lebih manfaat.
PERMATA TAHAP
Sila login untuk dapat lebih manfaat.
PERMATA TAHAP
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
PERMATA TAHAP

Sumber Manusia Kekasih Allah
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
MENU
Download
CHAT - AMARAN
MAAF!

Anda didapati belum log masuk ke laman forum ini.
Sila log masuk.

Jika anda belum mendaftar, sila daftar dengan klik menu REGISTER pada
menu di atas.

Latest topics
» 4 ORANG STUDENT TAHAP KE MAKTAB
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby ana_iqs91 Tue 29 Jan 2013, 1:57 pm

» Belajar Bahasa Jepun
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby yah n yad Mon 10 Dec 2012, 3:16 pm

» klau (sama-sama) dlm bahasa jepun apa yaa..?
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby roshahzlieza mustapa Sun 16 Sep 2012, 9:35 am

» ingin tahu
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby wunliQ Tue 14 Feb 2012, 4:08 pm

» KEPUTUSAN SPM DAN STPM 2009
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby cikgu syahrul Fri 13 Jan 2012, 4:46 pm

» pekse nk dekat dah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby cikgu syahrul Fri 13 Jan 2012, 4:39 pm

» kenal x nur farhana husna
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby cikgu syahrul Fri 13 Jan 2012, 4:30 pm

» Japanese! Japanese ! japanese !
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby Misaki Yamada Sun 25 Sep 2011, 9:57 pm

» MOHON DIPERHATIKAN KESALAHAN DALAM PENULISAN AMIN DAN SALAM
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby NurFirman Sun 15 May 2011, 3:39 pm

» kaitan antara perang dgn dajjal
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby ana_iqs91 Wed 29 Dec 2010, 1:10 pm

» cinta kepada rasulullah?
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby Anas Wed 01 Dec 2010, 3:57 pm

» masalah dengan pelayar
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby Guest Tue 23 Nov 2010, 1:24 pm

» tntg hasan fikri yg baik
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby pqahz_96 Sat 06 Nov 2010, 12:09 pm

» X-TAHAP YG DAH BERJAYA.. .,
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby wadi Wed 01 Sep 2010, 1:32 pm

» cikgu paling berjasa???
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby wadi Wed 25 Aug 2010, 1:12 pm

» palestin
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby wadi Wed 25 Aug 2010, 1:04 pm

» Biasiswa untuk siapa-siapa yang nak masuk U nanti!!!!
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby KitBiasiswa Mon 26 Jul 2010, 10:59 pm

» belakang blok baru ada hantu!!!!!!!!!!!!!
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby raja macho Thu 24 Jun 2010, 5:09 pm

» LIFE OF TAHAP....PERMATATAHAP....ade bandingan?
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby al-fateh93 Fri 11 Jun 2010, 4:47 pm

» teka teki zaman sekarang!!!!!!!!!!!!
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby muslimah tahap Sun 06 Jun 2010, 5:43 pm

» Wanita Idaman Lelaki
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby srikandi_2791 Sat 05 Jun 2010, 1:27 am

» The Arrivals-mesti tonton..!
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby fiddeen Tue 18 May 2010, 9:04 am

» Perlukah wanita tahu memasak !!
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby fiddeen Tue 18 May 2010, 8:53 am

» "Amani"
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby mickzgurlz Sun 25 Apr 2010, 12:13 pm

» jauh dimata dekat dihati
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby fiddeen Sat 24 Apr 2010, 3:00 pm

» DARI LEMBAYUNG BIAH SOLEHAH....
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby muslimah besi Sun 18 Apr 2010, 5:01 pm

» cikgu zaini le
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby duan ismi Sun 18 Apr 2010, 2:47 pm

» bola baling!!!!!!
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby duan ismi Sun 18 Apr 2010, 2:31 pm

» pelajar tahap hilang title?
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby duan ismi Sun 18 Apr 2010, 2:13 pm

» lelaki soleh.......
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeby duan ismi Sun 18 Apr 2010, 1:42 pm

PAUTAN TERPILIH

 

 petunjuk ALLAH.. kpd hambanya..

Go down 
AuthorMessage
arifshah
Sangat aktif
Sangat aktif
arifshah


Male Number of posts : 28
Age : 30
Lokasi (Daerah) : Kerayong, Bera, Pahang
Kata Hikmah: : Amar Makruf Nahi Mungkar
Kelas : 3 Ibnu Sina
Tahun terakhir : 2015
Points : 49
Reputation : 0
Registration date : 18/09/2009

petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Empty
PostSubject: petunjuk ALLAH.. kpd hambanya..   petunjuk ALLAH.. kpd hambanya.. Icon_minitimeSat 17 Oct 2009, 10:01 am

Kisah anak paderi memeluk agama islam

Kisah anak paderi memeluk agama islam
(mesti baca)
Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk
Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah.
Nama asal saya sewaktu beragama
Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan
dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.
Bapa saya seorang ketua Paderi yang
menjaga 15 buah gereja disatu kawasan
di Sabah . Saya dilatih oleh bapa saya
untuk menjadi seorang paderi. Sejak
mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin
Kitinggan usaha kami mendapat sokongan
penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam
berbagai program. Selalunya program
khidmat masyarakat. Pihak gereja
selalunya membekalkan wang tunai
sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara
dibuat untuk membantu orang kampong.
Kami ziarah rumah kerumah. tanya
masalah mereka dan bantu mereka.
berbagai masalah diluahkan. Ada kami
bantu dengan duit secara spontan. Ada
kami hantar keperluan harian,p akaian
dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka.
Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan
susulan,kami berjaya mengkristiankan
mereka. Paling berbaloi kami
mengkristian remaja Islam,tambah
berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya
kami dapat RM3,000/= setiap seorang
Islam yang dimurtadkan. Bayangkan
pendapatan saya ketika masih dialam
persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya
dan beberapa rakan mengambil
m/pelajaran Agama Islam yang boleh
dipilih dengan lukisan(betapa hinanya
m/pelajaran ini setanding dengan
lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu
tingkatan 4 saya belajar di sekolah
asrama penuh. Saya terus ambil
pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam
dan memudahkan saya menyebarkan agama
kristian. Saya mempunyai beberapa
soalan yang saya kira tidak mampu
dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu
hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya
bersemuka dengan Ustaz yang mengajar
saya (saya panggil cikgu). "cikgu
saya ada beberapa soalan, tapi saya
rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke
saya kerumah cikgu..."
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama
beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog
secara ilmiah, bukan atas nama
Islam,agama cikgu dan bukan atas nama
Kristian,agama saya". saya kemukakan
beberapa persoalan, antaranya;- -
Mengapa orang Islam sembah kaabah -
Sebenarnya semua agama sama sahaja.
Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam
adalah agama langit. -Mengapa diakhir
zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman
Mahadi membebaskan kezaliman dan
kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

Mengapa dalam sejarah dan hingga kini
orang Islam suka peperangan.Injil
sekarang dikatakan diseleweng.Kalau
begitu mana yang asalnya. Yang
menghairankan ustaz ini dapat menjawab
pertanyaan saya dan kawan -kawan dengan
begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan
mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3
persoalan yang tidak mampu saya
menjawab secara tepat.

Apakah boleh manusia(paderi)
mengampunkan dosa manusia lain. -

Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1
dalam 3 -

konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya
dengan beberapa orang paderi, kawan-
kawan bapa saya. tetapi mereka enggan.
Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya
dan bertemu bapa saya seorang ketua
paderi. Ternyata bapa saya juga tidak
mampu menjawab persoalan yang dibawa
oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu
pulang, bapa saya memarahi saya kerana
bawa 'orang malaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur
rumah ustaz itu. Disamping
mengulangkaji saya gemar berdialog
dengan ustaz itu. saya memerhatikan
kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara
hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3
orang berjubah. Seorang berjubah hitam
membawa salib. Seorang berjubah putih
membawa bendera bertulisan jawi. Dan
seorang berjubah hijau yang meminta
saya membuat pilihan.Yang berjubah
hitam dan berjubah putih saling menarik
saya mengikuti mereka.

Saya meronta-ronta. Disamping itu saya
dapati yang berjubah hitam semakin
tengelam dan yang berjubah putih
semakin tinggi. Sedang saya meronta-
ronta, saya terjaga. Saya mendengar
suara azan dan ustaz tadi berada ditepi
saya dan berkata," mengapa
Johanis....awak mengigau.... "

Saya pegang tangan ustaz itu, saya
katakan,"Cikgu Islamkan
saya........ ."...Ustaz itu minta saya
bersabar untuk dia uruskan dengan pihak
tertentu. Tidak lama selepas itu saya
pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang
ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat
pakaian saya bertabur diluar rumah.
Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik
melihat saya, bapa bergegas masuk dan
keluar semula dengan mengacu senapang
ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam
dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai
sepinggang. Tinggalkan keluarga saya.
Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi
sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa
oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik
habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala
Lumpur . Secara kebetulan rakan saya
Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga
memeluk Islam, tetapi mengikuti
kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album
pertama kumpulan Raihan adalah saduran
lagu koir yang kami nyanyikan dalam
gereja sewaktu di Sabah dulu....6 tahun
saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad
Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil
Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya
bekerja dengan Jabatan Agama Islam.
Saya banyak masuk kawasan di Negeri
Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai
setahun saya letak jawatan.Saya sedih
kerana ramai pendakwah ini nak
berdakwah pun merungut duit over
time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah
saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin
membilas dosa lalu. Saya telah ramai
memurtadkan orang..kini saya mahu
berjuang untuk mengIslamkan seramai
mungkin dengan kualiti bukan kuantiti
saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas
meninggalkan rumah dan belajar di
PERKIM saya selalu telefon ayah,emak
dan adik beradik saya. Saya katakan
jang an bencikan saya. Saya sayang
ayah.saya sayang emak.saya sayang adik
beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah
emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara
saya, saya hantarkan buku-buku Yang
sesuai menerangkan tentang Islam. 7
tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar
surat dan buku-buku... saya menangis
kerana rindukan ayah,emak dan adik
beradik. Akhirnya, sewaktu saya di
Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya
mendapat berita...... ... Ayah saya
menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya
ketika itu. Saya menangis dan menangis.
Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air
mata saya menjadi terlalu murah....saya
terus menangis...saya pejamkan
mata...saya bayangkan ayah dihadapan...
saya peluk erat tubuh ayah dan kami
menangis bersama..... ...Ya Allah
betapa agungnya kekuasaanMu. .....

Peristiwa yang saya alami sewaktu
memeluk Islam tu rut dirasai oleh ayah
saya. Dia dihalau dari rumah yang
diberi oleh pihak gereja. Kini saya
pendakwah bebas. Saya sedih melihat
umat Islam hari ini berpecah.Kita
berpecah kerana kita meninggalkan Quran
dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian
dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contah pelaksanaan hukum
Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari
jalan nak menentang pelaksanaanya.
Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat
dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.
Saya pernah berdialog dengan beberapa
orang pensyarah universiti tentang isu
Hudud & Qisas.Dia boleh sergah
saya,"You apa tahu... Islam pun baru
setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah
itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak
akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam
kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana
itu saya ajak menghayati Islam...Saya
kumpulkan semula kawan-ka wan masa
Kristian dulu. Saya berdialog tentang
Islam. Saya kumpulkan derma untuk
tujuan dakwah ini,untuk bergerak
perlukan wang. Saya diancam oleh puak
Kristian. saya juga diancam oleh umat
Islam.

Apa tauliah awak ,mana kebenaran
Jabatan Agama,mana permit polis,sapa
benarkan pungut derma dll. Saya tak
gentar berdialog dengan puak
Kristian,kerana saya ada pengalaman
tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri
menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian.
Satu usaha yang agak ketara ialah Di
IPT. Pendakyah ini mendekati kaum
muslimah,pura- pura nak belajar
Islam....jatuh cinta...lalu
dimurtadkan. ..ada yang pura-pura masuk
Islam....dan dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya
paling bimbang di Universiti Putra
Malaysia . Itulah satu-satunya
Universiti yang ada gereja. Gereja ini
antara yang aktif untuk memurtadkan
orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau
ada saudara kita terminum 'Holly
Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican
City . Dijampi oleh paderi Termasuk
Pope John Paul yang jemput Perdana
Menteri kita dul u. Kalau terminum,
cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-
Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan
selawat. Ambil sebahagian buat minum
dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah
mereka akan sedar dan dapat
diselamatkan. insyaAllah.
Back to top Go down
 
petunjuk ALLAH.. kpd hambanya..
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Dia..kekasih ALLAH
» Ikhlas kerana allah.
» Memang ALLAH sengaja...
» ALLAH SAYANGKAN SAYA....
» MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PERMATA TAHAP :: ISLAMIC CENTRE :: KARYA KREATIF-
Jump to: