srikandi_2791 Sangat aktif
Number of posts : 54 Age : 32 Lokasi (Daerah) : Somewhere di bumi ALLAH,Pahang Kata Hikmah: : Join me in KELAB PEMBURU CINTA ALLAH.. Kelas : 5 Ibnu Khaldun Tahun terakhir : 2008 Points : 86 Reputation : 0 Registration date : 09/12/2009
| Subject: Dia..kekasih ALLAH Tue 22 Dec 2009, 11:40 pm | |
| Artikel ringkas ini untuk bacaan shbt2 khususnya para muslimin....
Sayidatina Aisyah pernah menceritakan, "Kalau Rasululullah berada di rumah, baginda selalu membantu urusan rumah tangga. Jika mendengar azan, baginda cepat-cepat berangkat ke masjid dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai solat. "Kalau ada pakaian yg koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh Aisyah melakukannya. Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihatnya belum ada makanan yg sudah siap dimasak, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya dan membantu isteri kesayangannya itu di dapur.
"Pernah Rasululullah pulang pada waktu pagi. Ketika itu baginda sangat lapar tetapi apabila sampai di dapur, baginda lihat tiada apa suatu apa pun yang ada untuk sarapan. Makanan mentah pun tiada kerana Sayidatina Aisyah belum sempat membeli makanan. Maka Rasulullah bertanya; "Belum sarapan ya Khumaira?" Khumaira adalah pamggilan mesra untuk Sayidatina Aisyah yg bererti kemerah-merahan. Aisyah menjawab dengan suara yg serba salah; "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Baginda lantas berkata, "Kalau begitu, aku puasa sahaja hari ini," tanpa sedikit pun tergambar perasaan kesal di wajahnya.
Lihatlah betapa mulia dan sabarnya Rasulullah dalam apa jua keadaan sekalipun. Sesungguhnya baginda adalah contoh tauladan ummah dari segala aspek kehidupan termasuklah dalam urusan rumah tangga...Tak perlulah kita mencontohi ataupun menjadikan individu lain sbg idola..junjungan Rasulullah adalah yg paling layak menjadi tauladan sepanjang zaman..Kepimpinannya, budi pekertinya, perwatakannya dan sifat-sifat mahmudah lain pd baginda...
Walupun Rasulullah telah lama kembali ke sisi ALLAH, tapi baginda sentiasa terpahat dalam hati kita...InsyaALLAH... Sentiasalah berselawat ke atas junjungan besar baginda... | |
|